√ 15 Jenama Jam Tangan Lelaki Terbaik & Popular 2024

15 Jenama Jam Tangan Lelaki Terbaik & Popular

Jenama jam tangan lelaki terbaik di Malaysia mempunyai kualiti yang tidak boleh dipersoalkan. Tengok artikel ini sepenuhnya untuk rekomendasi jenama jam tangan lelaki popular 2023.

Kebanyakan mereka menawarkan reka bentuk elegan dan ciri-ciri canggih yang dapat memenuhi keperluan harian lelaki.

Walau bagaimanapun, dengan begitu banyak pilihan yang terdapat di pasaran, mungkin menjadi sukar bagi sesetengah orang untuk memilih jam tangan yang betul untuk digunakan.

Oleh itu, di sini kami akan berkongsi dengan anda cadangan jenama jam tangan lelaki original seperti jam tangan lelaki murah dan jam tangan lelaki paling mahal yang boleh menjadi pilihan yang tepat untuk anda.

Berikut adalah 15 senarai jenama jam tangan lelaki branded di Malaysia, berdasarkan ulasan pengguna jam tangan terkini 2023:

1. Jam Tangan Rado Disaster Jubile Automatic

Jenama jam tangan lelaki
Rado Disaster Jubile Automatic

Ini adalah salah satu jenama jam tangan lelaki mewah, yang dilengkapi dengan bahan seramik warna emas, yang menjadikan jam tangan Rado ini sangat mewah dan elegan apabila anda memakainya.

Jam tangan Rado ialah jam tangan pertama yang diperbuat daripada bahan seramik, dan pada masa kini jam tangan Rado ialah jenama jam tangan lelaki terkenal di dunia.

Harga jenama jam tangan lelaki di atas ialah RM4,200.00

Berikut ialah senarai jam tangan jenama Rado terkini:

  • True Square Automatic Open Heart (R27073012) Unisex
  • True Thinline x Great Gardens of the World (R27121302) Unisex
  • DiaStar Original 60-Year Anniversary Edition (R12163118) Unisex

Jom Tengok: SENARAI HARGA JAM RADO TERKINI 2023

2. Jam Tangan Lelaki Swatch Swiss

imej jam tangan lelaki Swatch EXTRAVEHICULAR (SB04Z400)
Swatch Nasa EXTRAVEHICULAR

Jam tangan lelaki Swatch adalah jam tangan lelaki berjenama terbaik yang biasa di Malaysia, kerana popularitinya di kalangan orang muda.

Jenama jam tangan lelaki ni dilengkapi dengan reka bentuk sporty sesuai untuk golongan muda yang aktif.

Reka bentuk jam tangan Swatch ini mengambil inspirasi daripada pakaian angkasawan NASA yang merupakan salah satu kuasa tark jam tangan ini menjadi jenama jam tangan lelaki popular.

Harga jenama jam tangan lelaki Swatch Nasa EXTRAVEHICULAR ialah : RM725.00

Berikut senarai jenama jam tangan Swatch Swiss popular terkini:

  • Golden Merry (SO28B115)
  • Cross Spectrum (SSO7B104M)
  • Energize You (YVS498G)

3. Jam Tangan Lelaki Tissot

imej jenama jam tangan lelaki tissot 1853
Jam Tissot 1853

Jenama jam tangan Lelaki Tissot sesuai untuk anda yang sukakan rekaan ringkas, kerana jam tangan ini direka secara klasik dengan paparan imej yang jelas.

Diperbuat daripada keluli tahan karat yang anti karat. Talinya juga diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lama.

Cermin jam kaca kristal nilam. Jadi jangan risau cermin jam tercalar.
Water resistant pula 100m. Boleh la nak bawa mandi atau snorkeling.

Tissot menyediakan 2 tahun international warranty. Sekiranya jam anda rosak ketika anda berada di luar negara, anda boleh claim warranty dari mana-mana cawangan Tissot di seluruh dunia.

Harga jam Tissot ini ialah: RM 942.48

Berikut senarai jenama jam tangan Tissot produk terkini:

  • Tissot PRX 35mm Powermatic (T9312074133600) Wanita
  • Tissot Everytime Lady (T1432101733100) Wanita
  • Tissot Telemeter 1938 (T1424621605200) Lelaki

Jom Tengok: SENARAI HARGA JAM TISSOT ORI TERKINI 2023

4. Jenama jam tangan Ice Steel

imej jam tangan lelaki ICE
Jenama Jam Ice Watch

Jam tangan jenama Ice Watch ini direka di Belgium. Dengan rekaan yang tidak terlalu berserabut dengan susuk tubuh yang jelas.

Tali jam ini diperbuat dari stainless steel. Jadi tak risau soal karat ataupun tali mengelupas.

Water resistant pula 10 ATM membuat jam tangan lelaki tahan lasak. Saiz jam ini agak besar dengan diameter 44mm. Sesuai untuk anda yang memiliki pergelangan tangan yang besar.

Kemudian Jaminan disediakan selama 2 tahun oleh pihak Ice Watch. Ada sebarang kerosakan, bawa jam, kad warranty beserta resit pembelian sebagai bukti untuk claim warranty.

Harga Jenama Jam Tangan Ice ialah RM429.00

Berikut adalah cadangan jenama jam tangan lelaki Ice produk terkini:

  • ICE solar power Spring white (020596)
  • ICE solar power Casual brown (020607)
  • ICE cosmos White crystal numbers (021048)

5. Jam Tangan Lelaki Cerruti 1881

imej jenama jam tangan Cerruti 1881 Ruscello
Cerruti 1881 Ruscello

Jam tangan lelaki berjenama Cerruti 1881 ini memiliki rekaan bentuk dengan warna rosegold dari stainless steel buatkan jam ini nampak stylo.

Jam ini juga mempunyai ketahanan 5 ATM water resistant. Tiada masalah jika terkena percikan air, bawa mandi ataupun berenang. Tapi, tidak sesuai untuk aktiviti menyelam.

Jam tangan dengan tali kulit ini sesuai digayakan di tempat kerja ataupun ketika melakukan aktiviti luar. Tapi tali jenis kulit, kalau kena air atau peluh, lama kelamaan akan berbau.

Harga jam tangan lelaki ini ialah: RM 1,282.00

Berikut adalah jenama jam tangan lelaki cerruti 1881 terkini:

  • Cerruti Varallo (CRA128SBRR12BR)
  • Cerruti 1881 Mucciano White (CIWGK2224908)
  • Cerruti 1881 (CIWGL2207213)

BACA JUGA: 20 JENAMA JAM WANITA TERBAIK MALAYSIA

6. Jam Tangan Fossil

Imej jenama jam tangan lelaki fossil
Jam Tangan Fossil

Jam tangan Fossil, sesuai untuk anda yang mempunyai bajet kecil. Tapi, inginkan jam yang berkualiti.

Dari segi rekaan, jam Fossil tidak kalah dengan jam mahal yang lain seperti jam tangan lelaki rolex. Jam bertali kulit ini sesuai dipakai dengan pakaian kasual ataupun formal.

Jam Tangan Fossil juga turut menyediakan 2 tahun jaminan untuk kerosakan jam.

Harga Jam ini ialah : RM558.60

Berikut senarai produk terkini jenama jam tangan lelaki Fossil:

  • Raquel Dual Time Brown Sugar Eco Leather
  • Inscription Three-Hand Date Gold-Tone Stainless Steel Watch
  • Gen 6 Smartwatch Rose Gold-Tone Stainless Steel Mesh

Jom Tengok: SENARAI HARGA JAM FOSSIL TERKINI 2023

7. Jam Tangan Lelaki Apple Watch

imej jam tangan lelaki apple watch
Apple Watch Nike SE

Ini adalah jam tangan lelaki digital untuk anda yang menjalani gaya hidup yang aktif, suka bersukan, tentunya Apple Watch Nike menjadi pilihan.

Sesuai dengan nama smartwatch, jam ini mempunyai pelbagai fungsi. Di antara fungsi yang tersedia di jam tangan ini adalah:

  • Cek kadar denyutan jantung
  • Kadar oksigen dalam darah
  • Memberi amaran bila kadar denyutan jantung tidak sekata
  • Sync dengan podcast, audiobook
  • Ukur aktiviti sukan seperti berenang, berlari, jogging
  • Boleh call dan text tanpa telefon ada bersama
  • Kompas
  • Gps

Cuma, anda perlu ada iphone 6s dan ke atas dengan minima ios 14 untuk pakai Apple Watch SE.

Harga Jam Tangan ini ialah: RM 1,510.00

Berikut senarai cadangan jenama jam Apple terkini:

  • Apple Watch Hermes
  • Apple Watch Ultra
  • Apple watch seri

8. Jam Tangan Lelaki Casio G-Shock MG Rangeman

jenama jam tangan lelaki terbaik di malaysia
Casio G Shock

Jam tangan lelaki Casio G-Shock Rangeman adalah jenama jam tangan lelaki mampu milik, yang direka untuk anda yang gemar melakukan aktiviti lasak. Jam yang kalis gegaran, kalis air, ada fungsi kompas, suhu dan pelbagai fungsi lain.

Jenama jam tangan lelaki terbaik dari Jepun, Casio G-Shock. Khusus untuk anda yang suka jam jenis digital.

Jam tangan lelaki G Shock original ini mempunyai LED backlight supaya mudah untuk melihat jam di tempat gelap.

Harga Jam Tangan ini ialah: RM 843.60

  • G-Shock (G-B001MVA-1)
  • G-Shock (MRG-B2000BS-3A)
  • G-Shock (GBX-100KI-1)

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Tangan G-Shock Terkini

9. Jam Tangan Lelaki Seiko 5 Automatic

imej jenama jam tangan lelaki terbaik
Seiko 5 Automatic

Jam tangan ini mempunyai ciri tersendiri dengan warna perak yang ringkas dan mengagumkan, menjadikan jam tangan ini salah satu jenama jam tangan popular di Malaysia.

Harga Jam Seiko 5 ini iaitu: RM369.00

Berikut cadangan jenama jam tangan Seiko produk terkini:

  • Jam Seiko SRPJ49K1
  • Jam Seiko SRPJ52K1
  • Jam Seiko SPB287J1

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Tangan Seiko Terkini

10. Jenama Jam Tangan Hublot Classic

jenama jam tangan lelaki terkini
Hublot Classic

Jam Tangan Hublot adalah salah satu jenama jam lelaki yang kini sangat popular di Malaysia, reka bentuk jam tangan ini menarik ramai orang untuk membelinya, digabungkan dengan warna ringkas menjadikan jam tangan ini sangat mewah apabila anda menggunakannya.

Harga Jam Tangan Hublot ini ialah RM2.720.00

Berikut jenama jam tangan Hublot produk terkini:

  • MP-09 TOURBILLON BI-AXIS 3D CARBON
  • UNICO TITANIUM
  • TOURBILLON AUTOMATIC PURPLE SAPPHIRE

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Hublot Original Terkini

11. Jam Bonia BNB10479-1312

imej jenama jam tangan lelaki Bonia
Bonia BNB10479-1312

Jam tangan Bonia lelaki ini mempunyai kes 40 mm dengan dail putih. Kes itu diperbuat daripada keluli tahan karat berwarna perak dan dilengkapi dengan jalur mesh keluli tahan karat perak.

Ia menggunakan pergerakan kuarza Jepun dan disalut dengan kristal nilam yang disalut dengan kaca anti-reflektif. Di samping itu, jam ini juga kalis air ke kedalaman 5 ATM.

Harga Jam Bonia ini ialah RM468.00

Berikut jenama jam tangan Bonia produk terkini:

  • Bonia Monogram Classic BNB10550-1116s
  • Bonia Monogram Classic BNB10550-116
  • Bonia Eternita Men Classic BNB10679-1582

Jom Tengok: SENARAI HARGA JAM BONIA TERKINI

12. Jam Crocodile Chronograph CR7015.158C

Imej Jam Crocodile Chronograph CR7015.158C
Crocodile Chronograph CR7015.158C

Jam ini mempunyai kronograf dengan tiga sub-dail dan tarikh dalam kedudukan 4 jam.

Ia juga dilengkapi dengan pergerakan kuarza Jepun dan kalis air ke kedalaman 100 meter.

Harga Jam Tangan di atas ialah RM351.20

Berikut jenama jam tangan Crocodile produk terkini:

  • Crocodile Chronograph CR7005.158C
  • Crocodile Sport CR0025.158C
  • Crocodile Classic CR1035.158C

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Crocodile Terkini 2023

13. Jam Omega Vintage Dynamic Chronograph III

imej jam tangan lelaki Omega Vintage Dynamic Chronograph III
Omega Vintage Dynamic Chronograph III

Jam Omega Vintage Dynamic Chronograph III adalah jam tangan dengan saiz 38 mm dalam warna hitam dan diperbuat daripada keluli tahan karat.

Ia juga mempunyai kaunter kronograf dan tombol skru. Band ini diperbuat daripada kulit dan menggunakan pengikat pin-buckle. Pergerakan adalah automatik.

Harga jam lelaki ini ialaH RM11,201,84

Berikut produk terkini jenama jam Omega:

  • Jam Omega pre-owned speedmaster 42mm
  • Jam Omega pre-owned seamaster 300 41mm
  • Jam Omega pre-owned speedmaster 42mm

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Omega Terkini

14. Jam Alba Prestige AM3681X1

Imej jam tangan lelaki jenama Alba prestige
Alba Prestige AM3681X1

Jam Alba AM3681X1 ialah jam tangan lelaki dengan dail hitam. Jam ini mempunyai rintangan air dan mempunyai saiz 40 mm dengan kristal mineral melengkung.

Harga Jam ini ialah RM480.00

Berikut produk terkini jenama jam Alba:

  • Jam Alba AM3681X1
  • Jam Alba PX5711X1
  • Jam Alba AM3662X1

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Alba Terkini

15. Jam Titus W06-03246-002

imej jenama jam tangan lelaki titus
Solvil et Titus
Sumber Imej: Pinterest

Jam Titus W06-03246-002 adalah jam tangan lelaki dengan isyarat Jam tangan (jam tangan yang menggunakan kristal kuarza sebagai sumber tenaga), dan mempunyai gaya yang sesuai untuk dipakai dalam situasi perniagaan atau fesyen.

Harga Jam Tangan di atas adalah RM693.00

Berikut produk terkini jenama jam Titus:

  • Jam Titus Saber Chronograph
  • Jam Titus Modernist Chronograph
  • Jam Titus Bravo Chronograph

Jom Tengok: Senarai Harga Jam Tangan Titus Terkini


Dengan mengenali beberapa jenama jam tangan lelaki terbaik di Malaysia, diharapkan ia dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat mengikut keperluan dan citarasa anda.

Setiap jenama mempunyai kelebihan tersendiri, jadi anda boleh memilih jenama yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya anda.

Di samping itu, pastikan anda memberi perhatian kepada ciri dan kualiti yang ditawarkan, agar dapat menggunakan jam tangan yang betul mengikut keperluan harian anda.

Artikel Berkaitan